Friday 30 September 2011

SEMARAK RAMADAN

Assalamualaikum w.b.k

Pada 28hb Julai 2011, telah diadakan program semarak Ramadan iaitu majlis menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam beberapa hari lagi. Program ini dijalankan di masjid An Nur PUSPEN Muar anjuran Unit Agama PUSPEN Muar dan kerjasama dari Biro Agama Kelab Keluarga. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Pihak PUSPEN Muar telah menjemput Ustaz Mohd Syukri bin Mokhtar, Imam Masjid Tg Agas Muar bagi memberi ceramah pada hari tersebut

Ustaz Mohd Syukri sedang memberi ceramah kepada penghuni  dan  Kakitangan PUSPEN Muar

   



Majlis ini telah dirasmikan oleh En Yusof bin Omar, wakil Pengarah PUSPEN Muar yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. Selesai ceramah, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin beramai-ramai dan diketuai oleh Ustaz Mohd Syukri bin Mokhtar.


Bacaan Yasin beramai-ramai
Pegawai dan kakitangan PUSPEN Muar sedang menyediakan jamuan.
Selesai bacaan Yasin, majlis ditutup dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah, Ustaz Mohd Syukri atas kesudian bersama-sama berkongsi ilmu pada hari tersebut.
Penyerahan cenderahati dari pihak PUSPEN Muar, diserahkan oleh En Mohd Yusof bin Omar kepada Ustaz Mohd Syukri bin Mokhtar dan diiringi oleh Ustaz Mohd Balyan bin Mahmud, Penyelaras Program.

Selesai majlis, penceramah, kakitangan dan semua penghuni bersama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Laporan - Biro Agama


No comments:

Post a Comment