Thursday 27 October 2011

MAJLIS PERPISAHAN

Pada 18 November 2011, jam 9.30 pagi telah diadakan majlis perpisahan untuk beberapa pegawai di PUSPEN Muar yang telah berpindah dan bersara. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat PUSPEN Muar dan telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PUSPEN Muar sendiri.

Antara pegawai yang telah berpindah ialah En Mohd Faisal bin Maksom, telah berpindah ke C&C Tampoi. Beliau tidak dapat hadir pada majlis ini kerana terikat dengan tugas seperti juga En Mohd Balyan bin Mahmud yang juga berpindah ke C&C Tampoi juga tidak dapat hadir kerana kekangan tugas.Namun dengan kehadiran En Mohd Firdaus bin Hashim yang telah berpindah ke PUSPEN Dengkil Selangor, Cik Marzatul Nadirah binti Razak, yang berpindah ke PUSPEN Tiang Dua Melaka serta Sarjan Ahmad Safran bin Hj Budin yang telah bersara, telah menjadikan majlis perpisahan ini cukup bermakna.

Majlis di mulai dengan bacaan doa oleh En Abd Hamid b Sani, seterusnya, ucapan dari pegawai-pegawai yang di jemput khas untuk majlis ini.


Kiri - En Rahman sebagai pengerusi majlis dan kanan, En Abd Hamid membacakan doa.

Dari kiri  Sjn Safran, En Firdaus, Tn Pengarah PUSPEN Muar, Tn Rosland Husen, En Azmi, YDP Kelab Keluarga dan Cik Marzatul Nadirah

Ucapan dari Sjn Safran (kiri), Cik Marzatul Nadirah ( tengah) dan En Firdaus (kanan)
Selesai ucapan dari Sjn Safran, Cik Nadirah dan En Firdaus, seterusnya ucapan dari Tn Pengarah PUSPEN MUAR, Tn Rosland b Husen, YDP Kelab Keluarga PUSPEN Muar yang juga wakil dari Unit Pemulihan, En Nor Azmi b Sattar dan seterusnya wakil dari setiap unit di PUSPEN Muar.
Atas kanan, Tn Rosland bin Husen. Atas kiri, En Nor Azmi bin Sattar. Dari kiri bawah, En Yusoff bin Omar, wakil Unit LV&R, Pn Hajah Azizah Hj Sudin, Wakil Unit HEP dan En Silvaretnam, Wakil dari Unit Pentadbiran.
Selesai ucapan dari wakil setiap unit PUSPEN Muar, acara di teruskan dengan penyampaian cenderahati dan seterusnya jamuan.
Acara penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang telah berpindah dan bersara

Antara pegwai yang same2 hadir pada majlis tersebut


Acara terakhir, menikmati jamuan laksa johor serta kueh muih yang di sediakan oleh Pn Sutini.
Majlis berakhir hampir jam 11 pagi. Kami dari Kelab Keluarga PUSPEN Muar mengucapkan ribuan terima kasih kepada, En Mohd Faisal Maksom, Ustaz Mohd Balyan Mahmud, Cik Marzatul Nadirah bt Razak dan En Mohd Firdaus b Hassim serta yang telah bersara, Sjn Ahmad Safran b Hj Budin diatas sumbangan dan kerjasama kepada Kelab Keluarga PUSPEN Muar dan  selamat maju jaya.Semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya. InsyaAllah.
LAPORAN : BIRO PUBLISITI & KOMUNIKASI,BIRO KERAIAN dan BIRO KEBAJIKAN

Wednesday 26 October 2011

Tahniah!!

Pihak kelab keluarga ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Keluarga PUSPEN Muar, Biro Wanita iaitu Pn Azura bt Mohammad Don dan Ahli Jawatankuasa bagi Biro Ekonomi Perniagaan Pn Susilawati bt Ahmad @ Sofa atas kelahiran cahaya mata pada beberapa minggu yang lalu.

Pn Azura telah melahirkan seorang bayi perempuan pada 7hb oktober 2011 manakala Pn Susilawati telah melahrkan seorang bayi lelaki yang juga anak ke 2 untuk Pn Susilawati dan suami.

Pihak Kelab mengucapkan tahniah dan semoga kehidupan lebih berseri dengan kehadiran insan baru dalam keluarga.Tahniah!!

LAPORAN : BIRO PUBLISITI & KOMUNIKASI

Saturday 8 October 2011

PERTUKARAN AHLI JAWATANKUASA

Pada mesyuarat Kelab Keluarga dan Kakitangan PUSPEN Muar bilangan 05/2011 berlangsung pada 15 September 2011 di Bilik Mesyuarat PUSPEN Muar telah membincangkan mengenai pertukaran ahli jawatankuasa Kelab seramai 2 orang. Beliau adalah En Mohd Balyan bin Mahmud, Biro Agama dan En Mohd Faisal bin Maksom, pemegang kira-kira 2. Ini adalah kerana pertukaran tempat bertugas mereka ke Klinik Cure & Care Tampoi Johor Bahru.

Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menyerahkan jawatan Biro Agama kepada Ustaz Mohammad bin Hashim dan pemegang kira-kira 2 kepada En Mohd Firdaus bin Hassim.Semoga dengan serahan tugas ini dapat melicinkan segala perlaksanaan program yang dijalankan oleh Kelab Keluarga.

Pihak Kelab Keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Balyan dan En Mohd Faisal atas sumbangan jasa dan kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Kelab Keluarga. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menjalakan tugas di tempat baru.

LAPORAN : SETIAUSAHA KELAB

SUNTIKAN VAKSIN HEPATITIS B

Pada 28/09/2011, suntikan vaksin bagi hepatitis B atau radang hati telah diberikan kepada pegawai-pegawai di PUSPEN Muar. Ini merupakan suntikan yang ketiga di mana beberapa bulan yang lalu semua pegawai dan kakitangan telah menerima 2 kali suntikan seperti ini. Berikut adalah gambar-gambar sewaktu suntikan sedang diberikan.
Jururawat dari klinik kesihatan Bukit Gambir

Pengawal-pengawal PUSPEN Muar

Jangan menangis ye Tok Taha.. En Amir yang kelihatan ketakutan. :)

En Amir sedang menerima suntikan. Sakit ye En Amir??

Pn Sarah dari unit pentadbiran.
Suntikan ini diberi percuma kepada semua Pegawai dan Kakitangan PUSPEN Muar dan ini adalah kerjasama dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak PUSPEN Muar, dengan usaha En Mahmud bin Md Yasin, ketua bahagian perubatan PUSPEN Muar yang juga merupakan Biro Pendidikan dan Kesihatan Kelab Keluarga dan Kakitangan PUSPEN Muar. Pihak Kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada KKM dan PUSPEN Muar atas usaha yang dijalankan.

LAPORAN : BIRO PUBLISITI DAN SIARAYA atas kerjasama BIRO PENDIDIKAN DAN KESIHATAN

Saturday 1 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2011

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfti bagi Kelab Keluarga & Kakitangan pada tahun ini telah di sambut pada 27 September 2011 bersamaan 29 Syawal 1432. Majlis bermula pada jam 8.00 sehingga 11.00 malam. Sambutan hari raya telah dijalankan pada setiap tahun bertujuan untuk berkenalan dan merapatkan silaturahin antara keluarga setiap kakitangan.Pihak kelab telah menjemput Pegawai dari AADK negeri Johor, AADK Daerah Muar, AADK Daerah Segamat, PUSPEN Tiang Dua Melaka, Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Muar dan ahli Persatuan Keluarga PUSPEN Muar Serta Semua ahli Kelab bersama keluarga masing-masing.
Majlis Sambutan Rumah Terbuka Kelab Keluarga Kakitangan PUSPEN Muar

Majlis bermula pada jam 8.00 malam di mulai dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah PUSPEN Muar, En Zubri bin Yusoff dan ucapan dari Yang Dipertua Kelab Keluarga Kakitangan PUSPEN Muar, En Nor Azmi bin Sattar. Selesai ucapan, bacaan doa makan dan semua tetamu di jemput menikmati juadah.

Ucapan dari En Zubri bin Yusof, Timbalan Pengarah  PUSPEN Muar


Ucapan Yang Dipertua Kelab Keluarga Kakitangan PUSPEN Muar
Antara juadah yang disediakan adalah kambing dan ayam bakar, sate, laksa, nasi impit dan kuah lodeh, soto serta pelbagai juadah pencuci mulut. Ini adalah hasil gotong royong ahli kelab menyediakan semua juadah pada malam tersebut.
Antara menu utama pada makan tersebut

Aneka juadah pencuci mulut
Lagi juadah pencuci mulut

Macam-macam ada

Hasil Seni tangan En Razali bin Jualin

ayam dan daging kambing bakar

Persembahan Nasyid dari Penghuni PUSPEN Muar

Karaoke suka-suka
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut

Dari Kiri - En Zubri, timbalan pengarah, Pn Hajah Azizah, En Rahman dan En Azmi YDP Kelab

Dari kiri - En Yazid, Hajah Azizah, En Nasaruddin dan En Abdullah

Para tetamu sedang menikmati juadah

En Zin dan En Zul sedang memilih ayam atau kambing 

Pn Hillda ( wakil dari AADK Muar ) Cik Zila dan Cik Ogy yang juga penyelaras bahagian juadah pencuci mulut bersama Pn Abna yang tidak dapat hadir pada malam itu.

Kemeriahan jelas dirasai

Merapatkan tali silaturrahim antara semua

Terima Kasih atas kesudian hadir pada majlis ini

Dari kiri - En Rahman, En Azmi, Cik Fauziah, Cik Norazila dan En Razali

Dari kiri - Pn Sutini (Penyelaras hidangan) Cik Zila,Cik Ogy, Pn Hillda, En Fahmi dan berdiri, Hajah Azizah.

Majlis selesai hampir jam 11 malam. Pihak Jawatankuasa Kelab mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi hadir bersama-sama memeriahkan sambutan aidilfiitri pada tahun inini dan terima kasih juga kepada semua ahli yang terlibat dalam membantu memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Semoga kerjasama dan tali silaturahim ini dapat di kekalkan sesama kita.

Laporan : Biro Publisiti dan Komunikasi

Friday 30 September 2011

GOTONG ROYONG PENYEMBELIHAN LEMBU


Bagi menyambut hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba, Kelab Keluarga dan Kakitangan Pusat Serenti Muar telah mengadakan program gotong royong menyembelih lembu. Program seperti ini dijalankan setiap tahun menjelang aidilfitri dan ia dibuka untuk jualan kepada ahli dan untuk di agihkan kepada setiap ahli kelab.

Program ini di jalankan pada 25hb Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadan 1432, bermula jam 8.30pg sehingga 12.30 tengahari di sebelah pejabat pertanian PUSPEN Muar. Sebanyak 3 ekor lembu telah di sembelih pada hari tersebut.


Meulakan acara penyembelihan lambu yang pertama



Daging lembu mula dilapah dan terus di asingkan untuk agihan

En Shariff sedang berusaha untuk melapah daging

En Hazwan, Cik Zila dan En Isa bahagian timbangan 

En Sahar dan En Kamis bahagian memotong tulang

En Mahmud, En Nazim dan En Azmi (YDP)

Proses melapah mengambil mase hampir 3 jam sebelum agihan di jalankan
Ramai ahli jawatakuasa dan ahli kelab hadir bagi mejayakan program ini. semua tempahan dan agihan daging dapat disempurnakan pada hari tersebut. Semoga kerjasama dan ikatan kekeluargaan ini akan berterusan, InsyaAllah.

Laporan : Biro Perniagaan Agronomi

GOTONG ROYONG MEMASAK RENDANG DAN MEMBUAT LEMANG

Sempena hari raya yg bakal menjelang tiba, pihak kelab keluarga dan kakitangan psm telah mengadakan program gotong royong membuat lemang dan rendang. Gotong royong ini dijalankan di bilik gerakan PUSPEN Muar.

Program yang di jalankan ini juga menerima sumbangan ikhlas daripada ahli kelab berupa wang tunai atau barangan basah seperti kelapa, daging dan rempah ratus. Yang Di Pertua kelab keluarga juga telah menyumbangkan serunding untuk diagihkan kepada semua ahli kelab keluarga. Program ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan semua kakitangan di jemput untuk bersama-sama menjalankan program ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara semua ahli kelab keluarga dan kakitangan selain memberi buah tangan kepada semua ahli kelab di mana setiap seorang diberikan 2 batang lemang, sebekas serundang dan sebekas serunding.



Pn Abna bersama Pn Azura sdg sibuk memotong bawang



rewang jangan tak rewang!! [ dari kiri : Pn Abna, Cik Ogy dan Cik Zila ]


Biro Hal Ehwal Wanita - Pn Azura sedang memotong bawang.

Aktiviti untuk merapatkan talisilaturahim antara semua ahli kelab



Acara mengisar pelbagai jenis ramuan untuk rendang.



Pn Sutini sedang memasak rendang sambil diperhati oleh YDP, En Azmi dan beberapa ahli kelab


Bahan seterusnya, masukkan gula melaka.



Selesai masak, sesi memasukkan rendang ke dalam bekas sebelum dibahagi-bahagikan




Acara packing serunding



Serunding yang di sumbangkan oleh YDP kelab.



Penghuni juga membantu dalam pembuatan lemang


Menyediakan tempat membakar lemang


Ahli yang bersama- sama bergotong royong pada hari tersebut
 Semoga program ini dapat di laksanakan pada setiap tahun dan mendapat komitmen dan kerjasama yang lebih baik daripada semua ahli Kelab pada masa akan datang.

Laporan - Biro Publisiti dan Siaraya