Friday 30 September 2011

GOTONG ROYONG PENYEMBELIHAN LEMBU


Bagi menyambut hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba, Kelab Keluarga dan Kakitangan Pusat Serenti Muar telah mengadakan program gotong royong menyembelih lembu. Program seperti ini dijalankan setiap tahun menjelang aidilfitri dan ia dibuka untuk jualan kepada ahli dan untuk di agihkan kepada setiap ahli kelab.

Program ini di jalankan pada 25hb Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadan 1432, bermula jam 8.30pg sehingga 12.30 tengahari di sebelah pejabat pertanian PUSPEN Muar. Sebanyak 3 ekor lembu telah di sembelih pada hari tersebut.


Meulakan acara penyembelihan lambu yang pertama



Daging lembu mula dilapah dan terus di asingkan untuk agihan

En Shariff sedang berusaha untuk melapah daging

En Hazwan, Cik Zila dan En Isa bahagian timbangan 

En Sahar dan En Kamis bahagian memotong tulang

En Mahmud, En Nazim dan En Azmi (YDP)

Proses melapah mengambil mase hampir 3 jam sebelum agihan di jalankan
Ramai ahli jawatakuasa dan ahli kelab hadir bagi mejayakan program ini. semua tempahan dan agihan daging dapat disempurnakan pada hari tersebut. Semoga kerjasama dan ikatan kekeluargaan ini akan berterusan, InsyaAllah.

Laporan : Biro Perniagaan Agronomi

GOTONG ROYONG MEMASAK RENDANG DAN MEMBUAT LEMANG

Sempena hari raya yg bakal menjelang tiba, pihak kelab keluarga dan kakitangan psm telah mengadakan program gotong royong membuat lemang dan rendang. Gotong royong ini dijalankan di bilik gerakan PUSPEN Muar.

Program yang di jalankan ini juga menerima sumbangan ikhlas daripada ahli kelab berupa wang tunai atau barangan basah seperti kelapa, daging dan rempah ratus. Yang Di Pertua kelab keluarga juga telah menyumbangkan serunding untuk diagihkan kepada semua ahli kelab keluarga. Program ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan semua kakitangan di jemput untuk bersama-sama menjalankan program ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara semua ahli kelab keluarga dan kakitangan selain memberi buah tangan kepada semua ahli kelab di mana setiap seorang diberikan 2 batang lemang, sebekas serundang dan sebekas serunding.



Pn Abna bersama Pn Azura sdg sibuk memotong bawang



rewang jangan tak rewang!! [ dari kiri : Pn Abna, Cik Ogy dan Cik Zila ]


Biro Hal Ehwal Wanita - Pn Azura sedang memotong bawang.

Aktiviti untuk merapatkan talisilaturahim antara semua ahli kelab



Acara mengisar pelbagai jenis ramuan untuk rendang.



Pn Sutini sedang memasak rendang sambil diperhati oleh YDP, En Azmi dan beberapa ahli kelab


Bahan seterusnya, masukkan gula melaka.



Selesai masak, sesi memasukkan rendang ke dalam bekas sebelum dibahagi-bahagikan




Acara packing serunding



Serunding yang di sumbangkan oleh YDP kelab.



Penghuni juga membantu dalam pembuatan lemang


Menyediakan tempat membakar lemang


Ahli yang bersama- sama bergotong royong pada hari tersebut
 Semoga program ini dapat di laksanakan pada setiap tahun dan mendapat komitmen dan kerjasama yang lebih baik daripada semua ahli Kelab pada masa akan datang.

Laporan - Biro Publisiti dan Siaraya

SEMARAK RAMADAN

Assalamualaikum w.b.k

Pada 28hb Julai 2011, telah diadakan program semarak Ramadan iaitu majlis menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam beberapa hari lagi. Program ini dijalankan di masjid An Nur PUSPEN Muar anjuran Unit Agama PUSPEN Muar dan kerjasama dari Biro Agama Kelab Keluarga. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Pihak PUSPEN Muar telah menjemput Ustaz Mohd Syukri bin Mokhtar, Imam Masjid Tg Agas Muar bagi memberi ceramah pada hari tersebut

Ustaz Mohd Syukri sedang memberi ceramah kepada penghuni  dan  Kakitangan PUSPEN Muar

   



Majlis ini telah dirasmikan oleh En Yusof bin Omar, wakil Pengarah PUSPEN Muar yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. Selesai ceramah, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin beramai-ramai dan diketuai oleh Ustaz Mohd Syukri bin Mokhtar.


Bacaan Yasin beramai-ramai
Pegawai dan kakitangan PUSPEN Muar sedang menyediakan jamuan.
Selesai bacaan Yasin, majlis ditutup dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah, Ustaz Mohd Syukri atas kesudian bersama-sama berkongsi ilmu pada hari tersebut.
Penyerahan cenderahati dari pihak PUSPEN Muar, diserahkan oleh En Mohd Yusof bin Omar kepada Ustaz Mohd Syukri bin Mokhtar dan diiringi oleh Ustaz Mohd Balyan bin Mahmud, Penyelaras Program.

Selesai majlis, penceramah, kakitangan dan semua penghuni bersama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Laporan - Biro Agama