Wednesday 25 January 2012

SELAMAT TAHUN 2012

Pihak kelab keluarga dan kakitangan PUSPEN Muar mengucapakan selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga pencapaian akan lebih bersinar pada tahun ini. Pihak kelab juga bercadang akan mengadakan beberapa aktiviti pada tahun 2012 dan berharap semua pegawai dan kakitangan akan memberi sepenuh komitmen dan kerjasama. Semoga segala apa yang kita rancang dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kita, InsyaAllah.

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Alfatihah

Pada 15 December 2011, kami telah kehilangan seorang dari AJK Kelab iaitu En Mahmud bin Yasin. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 10.45 pagi di Klinik Bukit Gambir Muar. Beliau dikejarkan ke klinik apabila sesak nafas di tempat bertugas.Pengurusan jenazah disempurnakan di Hospital Muar dan dikebumikan di Semerah Batu Pahat. Allahyarham telah berkhidmat hampir 15 tahun di PUSPEN Muar dan disenangi oleh semua Pegawai dan Kakitangan atas sikap beliau yang baik hati, sentiasa membantu dan mengambil berat. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
En Mahmud dalam kenangan.
 AL FATIHAH


LAPORAN : BIRO PUBLISITI dan BIRO KEBAJIKAN


MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN

Tarikh      :    09 November 2011
Masa       :    10 pagi
Tempat    :    Bilik Mesyuarat PUSPEN Muar

Telah diadakan majlis penyerahan sumbangan yang diterima dari Pihak AADK ibu pejabat untuk diagih-agihkan kepada pegawai-pegawai yang bertugas pada hari kejadian rusuhan 9 Jun 2011 yang lalu. Majlis ini disempurnakan oleh Tn Pengarah PUSPEN Muar, Tn Rosland bin Hussen.Majlis ini berakhir pada jam 10.30 pagi.

Tn Rosland bersama En Azmi - YDP Kelab

Ucapan ringkas dari Tn Rosland bin Hussen

Antara pegawai dan kakitangan yang hadir

Penyerahan sumbangan

Penyerahan sumbangan

Penyerahan sumbangan


LAPORAN  : BIRO PUBLISITI & kOMUNIKASI DAN BIRO KEBAJIKAN

Sembelih Lembu Sempena Hari Raya Aidiladha

TARIKH    :    8 November 2011
Lokasi        :    PUSPEN Muar


Bersama-sama menumbangkan si Lembu


Masa untuk melapah


memotong kecil



gotong royong

muafakat membawa berkat
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk semangat kerjasama dan merapatkan tali silaturahim sesama kita.

LAPORAN : BIRO PUBLISITI & KOMUNIKASI, BIRO KEBUDAYAAN & KEMASYARAKATAN DAN BIRO AGRONOMI

Deepavali 2011

Tarikh     :    26 October 2011
LOkasi    :    Rumah En Silvretnam - Melaka

Beberapa orang AJK dan ahli kelab keluarga PUSPEN Muar telah bersama-sama menghadiri majlis rumah terbuka En Silvaretnam a/l Kathirvelu yang juga merupakan pemeriksa kira-kira 1, Kelab keluarga bersempena sambutan Deepavali yang lalu. Majlis diadakan di kediaman beliau di Melaka. Kami tiba lebih kurang jam 2 petang. Semoga aktivi seperti ini dapat diteruskan bagi merapatkan silaturahim antara kita.

Rombongan Kami

Menikmati hidangan Nasi Beriani

Jemput makan

Sila tambah lagi. Jangan malu2.. 

LAPORAN  :  BIRO PUBLISITI & kOMUNIKASI DAN BIRO KEBUDAYAAN & KEMASYARAKATAN