Wednesday 4 April 2012

CORAT CORET PERTANDINGAN MEMASAK 2012












PERTANDINGAN MEMASAK PUSPEN MUAR 2012

Pertandingan memasak peringkat PUSPEN Muar 2012

Tarikh : 04 April 2012
Tempat : PUSPEN Muar

Juara : En Hanip bin Painoh
Nain juara : En Abd Hamid bin Sani
Ketiga : En Syed Amir Ali bin Sajard Hussein
Keempat : Cik Mastura Dalgiri
Kelima : Pn Sutini bt Amat Agong
Keenam : En Mokhtar Ahmad

Gambar2 sempena pertandingan diadakan.
















Tuesday 3 April 2012

PERTANDINGAN MEMASAK

4/4/2012 - Akan diadakan pertandingan memasak peringkat PUSPEN Muar anjuran Biro Hal Ehwal Wanita, Kelab Keluarga PUSPEN Muar. Setakat ini seramai 6 pegawai tlah medaftar untuk bertanding, mereka adalah, Pn Sutini, Cik Mastura, En Mokhtar, En Hanip, En Amir dan En Hamid. Setiap peserta diminta menyediakan 1 jenis lauk dan 1 jenis manisan, samada pecuci mulut atau minuman. Setiap peserta diberikan modal sebanyak rm10 untuk membeli keperluan masakan masing-masing. Pertandingan akan diadakan pada pukul 8.30 pagi, dan masa yang di peruntukan adalah 1 jam.

Semoga setiap peserta berjaya menghasilkan masakan yang istimewa dan dapat mencuri perhatian dari juri-juri yang telah dilantik.


Laporan : Biro Hal Ehwal Wanita

Wednesday 21 March 2012

Selamat Pengantin Baru Norazila

04/03/2012
Majlis Persandingan Norazila n pasangan Ku Abdullah.
Simpang Renggam Johor

zila


Rombongan dari PUSPEN Muar

Bersama-sama rombongan PUSPEN MUAR


Selamat Pengantin  Baru.

LAPORAN : Biro Publisiti dan Komunikasi

Selamat Pengantin Baru Helmy

02/03/2012 - Nikah
04/03/2012 - Sanding
Lokasi - Muar Johor
Helmy di hari pernikahan



Tetap Maintain Machooo

Majlis Persandingan di rumah Helmy

Helmi dan Pasangan. Selamat pengantin baru
Semoga Bahagia Selamanya

LAPORAN : Biro Komunikasi dan Publisiti

Monday 12 March 2012

MAJLIS ILMU

Setiap hari jumaat akan diadakan majlis bacaan yasin dan tahlil. Setiap minggu unit yang akan menyediakan tempat untuk bacaav yasin dijalankan. Selesai bacaan yasin, akan ada sedikit tazkirah dari ketua unit agama PUSPEN Muar. Semoga majlis ilmu sebegini akan berterusan dan mendapat rahmat dari yang maha esa. InsyaAllah









Laporan : Biro Publisiti & Komunikasi dan Biro Agama

FAMILY NITE DINNER 2012

Tarikh   :   17 Februari 2012
Tempat   :   Marina Bay Muar 

Julung-julung kalinya telah diadakan majlis makan malam kelab keluarga PUSPEN Muar atau Family nite Dinner pada 17 Feb 2012 yang lalu. Di mana majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturahim antara semua ahli keluarga kakitangan. Di kesempatan ini juga telah di adakan majlis meraikan ulang tahun kelab keluarga yang ke 8 tahun dan meraikan hari lahir mereka yang disambut pada bulan Jan dan Feb. Pada majlis ini jugak telah diadakan majlis perpisahan untuk kakitangan yang telah berpencen dan berpindah. Beliau adalah, Pn Hajah Hindasah binti Mesbah yang telah berpencen, En Malek bin Lamin telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke C&C Tampoi dan En Rahmat bin Ngajib yang berpindah ke PUSPEN Tiang Dua.

Majlis bermula jam 8.00 malam, di mana kehadiran telah didaftarkan untuk cabutan bertuah dan pada malam tersebut juga telah diadakan pertandingan karaoke bagi kategori solo dan duet. Sambutan juga amat menggalakkan. Pada tahun ini Kelab Keluarga telah menyediakan hampir 90 hadiah bagi cabutan bertuah di mana setiap keluarga pasti tidak pulang dengan tangan kosong. Bagi pertandingan karaoke juga telah disediakan hadiah berupa piala dan iringan kepada pemenang-pemenang.

Ketibaan jemputan

Kehadiran adalah di daftarkan

Pn Su, En Amir dan Pn zura bahagian pendaftaran
Majlis dimulakan dengan menjemput semua tetamu bagi menikmati juadah yang telah disediakan oleh pihak Marina Bay.


Kedatangan kakitangan dan keluarga pada malam tersebut adalah sangat-sangat menggalakan dimana hampir 70 orang kakitangan hadir bersama keluarga atau secara solo.

Tetamu yang hadir 


Jemput makan

1 PUSPEN 1 KELUARGA

Kakitangan dan keluarga

Solo dan Keluarga

Sangat meriah

Kehadiran yang sgt menggalakan
Majlis seterusnya ucapan dari YDP Kelab Keluarga dan Kakitangan En Nor Azmi dan Pengarah PUSPEN Muar, Tn Rosland bin Hussen.
UCAPAN DARI YDP KELAB EN NOR AZMI BIN SATTAR (kiri) DAN
 PENGARAH PUSPEN MUAR TN ROSLAND BIN HUSSEN (kanan)

Seterusnya, ucapan dari pegawai dan kakitangan yang akan berpencen dan berpindah iaitu Pn Hajah Hindasah, En Malek dan En Rahmat, seterusnya penyampaian hadiah dan cenderahati. Pihak Kelab Keluarga mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

UCAPAN PERPISAHAN DARI KIRI, EN MALEK, PN HAJAH HINDASAH DAN EN RAHMAT

CENDERAHATI KEPADA YANG BERSARA DAN BERPINDAH

Acara memotong kek ulang tahun kelab keluarga dan sambutan hari lahir bagi bulan Jan & Feb
 Selesai acara memotong kek, majlis di teruskan dengan cabutan bertuah dan diselangi dgn nyanyian peserta-peserta pertandingan karaoke family nite dinner Kelab Keluarga dan Kakitangan PUSPEN Muar.
Cabutan bertuah


Pertandingan karaoke. Semua berbakat

Cabutan bertuah

lagi peserta karaoke
Seperti yang telah dimaklumkan, semua tetamu yang hadir akan pulang bersama hadiah cabutan bertuah masing-masing. Begitu juga dengan pemenang-pemenang pertandingan karaoke.

Tahniah buat pemenang-pemenang karaoke.
 Majlis tamat hampir jam 12.30 malam. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Diharapkan semua tetamu yang hadir merasa gembira sepanjang majlis dijalankan. Pihak Kelab Keluarga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dari semua pihak sepanjang ajlis dijalankan. Semoga kita dalam bersama-sama lagi dalam majlis seperti ini. Sekian terima kasih.

Gambar selepas majlis


LAPORAN : Biro Publisiti dan Komunikasi