Saturday, 1 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2011

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfti bagi Kelab Keluarga & Kakitangan pada tahun ini telah di sambut pada 27 September 2011 bersamaan 29 Syawal 1432. Majlis bermula pada jam 8.00 sehingga 11.00 malam. Sambutan hari raya telah dijalankan pada setiap tahun bertujuan untuk berkenalan dan merapatkan silaturahin antara keluarga setiap kakitangan.Pihak kelab telah menjemput Pegawai dari AADK negeri Johor, AADK Daerah Muar, AADK Daerah Segamat, PUSPEN Tiang Dua Melaka, Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Muar dan ahli Persatuan Keluarga PUSPEN Muar Serta Semua ahli Kelab bersama keluarga masing-masing.
Majlis Sambutan Rumah Terbuka Kelab Keluarga Kakitangan PUSPEN Muar

Majlis bermula pada jam 8.00 malam di mulai dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah PUSPEN Muar, En Zubri bin Yusoff dan ucapan dari Yang Dipertua Kelab Keluarga Kakitangan PUSPEN Muar, En Nor Azmi bin Sattar. Selesai ucapan, bacaan doa makan dan semua tetamu di jemput menikmati juadah.

Ucapan dari En Zubri bin Yusof, Timbalan Pengarah  PUSPEN Muar


Ucapan Yang Dipertua Kelab Keluarga Kakitangan PUSPEN Muar
Antara juadah yang disediakan adalah kambing dan ayam bakar, sate, laksa, nasi impit dan kuah lodeh, soto serta pelbagai juadah pencuci mulut. Ini adalah hasil gotong royong ahli kelab menyediakan semua juadah pada malam tersebut.
Antara menu utama pada makan tersebut

Aneka juadah pencuci mulut
Lagi juadah pencuci mulut

Macam-macam ada

Hasil Seni tangan En Razali bin Jualin

ayam dan daging kambing bakar

Persembahan Nasyid dari Penghuni PUSPEN Muar

Karaoke suka-suka
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut

Dari Kiri - En Zubri, timbalan pengarah, Pn Hajah Azizah, En Rahman dan En Azmi YDP Kelab

Dari kiri - En Yazid, Hajah Azizah, En Nasaruddin dan En Abdullah

Para tetamu sedang menikmati juadah

En Zin dan En Zul sedang memilih ayam atau kambing 

Pn Hillda ( wakil dari AADK Muar ) Cik Zila dan Cik Ogy yang juga penyelaras bahagian juadah pencuci mulut bersama Pn Abna yang tidak dapat hadir pada malam itu.

Kemeriahan jelas dirasai

Merapatkan tali silaturrahim antara semua

Terima Kasih atas kesudian hadir pada majlis ini

Dari kiri - En Rahman, En Azmi, Cik Fauziah, Cik Norazila dan En Razali

Dari kiri - Pn Sutini (Penyelaras hidangan) Cik Zila,Cik Ogy, Pn Hillda, En Fahmi dan berdiri, Hajah Azizah.

Majlis selesai hampir jam 11 malam. Pihak Jawatankuasa Kelab mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi hadir bersama-sama memeriahkan sambutan aidilfiitri pada tahun inini dan terima kasih juga kepada semua ahli yang terlibat dalam membantu memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Semoga kerjasama dan tali silaturahim ini dapat di kekalkan sesama kita.

Laporan : Biro Publisiti dan Komunikasi

No comments:

Post a Comment