Pada 18 November 2011, jam 9.30 pagi telah diadakan majlis perpisahan untuk beberapa pegawai di PUSPEN Muar yang telah berpindah dan bersara. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat PUSPEN Muar dan telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PUSPEN Muar sendiri.
Antara pegawai yang telah berpindah ialah En Mohd Faisal bin Maksom, telah berpindah ke C&C Tampoi. Beliau tidak dapat hadir pada majlis ini kerana terikat dengan tugas seperti juga En Mohd Balyan bin Mahmud yang juga berpindah ke C&C Tampoi juga tidak dapat hadir kerana kekangan tugas.Namun dengan kehadiran En Mohd Firdaus bin Hashim yang telah berpindah ke PUSPEN Dengkil Selangor, Cik Marzatul Nadirah binti Razak, yang berpindah ke PUSPEN Tiang Dua Melaka serta Sarjan Ahmad Safran bin Hj Budin yang telah bersara, telah menjadikan majlis perpisahan ini cukup bermakna.
Majlis di mulai dengan bacaan doa oleh En Abd Hamid b Sani, seterusnya, ucapan dari pegawai-pegawai yang di jemput khas untuk majlis ini.
Kiri - En Rahman sebagai pengerusi majlis dan kanan, En Abd Hamid membacakan doa. |
Dari kiri Sjn Safran, En Firdaus, Tn Pengarah PUSPEN Muar, Tn Rosland Husen, En Azmi, YDP Kelab Keluarga dan Cik Marzatul Nadirah |
Ucapan dari Sjn Safran (kiri), Cik Marzatul Nadirah ( tengah) dan En Firdaus (kanan) |
Selesai ucapan dari Sjn Safran, Cik Nadirah dan En Firdaus, seterusnya ucapan dari Tn Pengarah PUSPEN MUAR, Tn Rosland b Husen, YDP Kelab Keluarga PUSPEN Muar yang juga wakil dari Unit Pemulihan, En Nor Azmi b Sattar dan seterusnya wakil dari setiap unit di PUSPEN Muar.
Selesai ucapan dari wakil setiap unit PUSPEN Muar, acara di teruskan dengan penyampaian cenderahati dan seterusnya jamuan.
Acara penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang telah berpindah dan bersara |
Antara pegwai yang same2 hadir pada majlis tersebut |
Majlis berakhir hampir jam 11 pagi. Kami dari Kelab Keluarga PUSPEN Muar mengucapkan ribuan terima kasih kepada, En Mohd Faisal Maksom, Ustaz Mohd Balyan Mahmud, Cik Marzatul Nadirah bt Razak dan En Mohd Firdaus b Hassim serta yang telah bersara, Sjn Ahmad Safran b Hj Budin diatas sumbangan dan kerjasama kepada Kelab Keluarga PUSPEN Muar dan selamat maju jaya.Semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya. InsyaAllah.
Acara terakhir, menikmati jamuan laksa johor serta kueh muih yang di sediakan oleh Pn Sutini. |
LAPORAN : BIRO PUBLISITI & KOMUNIKASI,BIRO KERAIAN dan BIRO KEBAJIKAN
No comments:
Post a Comment