Friday, 9 March 2012

CAMERON HIGHLAND

Tarikh : 11-12 Feb 2012
Lokasi : Cameron Highland

Selesai menghadiri majlis kenduri kahwin En Isa, kami bergerak melawat ke Mini C & C di Ulu kinta. Hampir sejam berapa di sana, kami bergerak menuju ke Cameron Highland di mana pihak Kelab telah sudi men 'sponsor' 3 buah apartment untuk kami berehat sebelum balik ke Muar keesokan harinya. Tiba di Cameron Highland hampir jam 6 petang. kami menginap di Apartment Royal Lily.Malam tersebut, kami semua bergerak ke pasar malam.
masa untuk bershopping
Keesokan hari, seawal jam 8.00 pai kami bersedia untuk bergerak ke beberape lokasi.
En Yazid, En Rahman dan En Aship

Apa-apa hal kena isi perut dulu
Lokasi pertama kami bergerak ke strawberry farm. Di sini masing-masing boleh cuba untuk memetik buah strawberry yag mana akan di charge mengikut jumlah berat strawberry tersebut.

straberry yang segar
Selepas melawat ladang strawberry, kami bergerak ke pasar pagi yang berdekatan. Di sini banyak pilihan makanan, sayur-sayuran, bunga-bunga dan pelbagai barang lain lain.

Shopping apa tu kak?

Ayah pening ke tengok ibu n anak tengah shopping??

Beli sayur, harga berpatutan. Segar-segar semuanya.

en Din nampak begitu garang sekali. hehehe

Beli ape tu En Yazid??

En Setiausaha mesti banyak beli sayur untuk orang rumah..

Takkan tengok je bang??

Apa agaknya diperkatakan kak mas kan?

anak-anak melayan ibunya membeli kaktus.
Sebelum bergerak balik, kami singgah sebentar di ladang teh Bharat.Kawasan yang luas dan sangat menarik untuk mengambil gambar kenangan. :)

Anak-anak bersama ibunya. hehe...
Kami bergerak balik lebih kurang jam 12 tengahari.Kami juga sempat singgah di air terjun Lata Iskandar untuk makan tengahari



Semua ahli rombongan merasa begitu seronok sepanjang perjalanan 2 hari kami ke perak. semoga aktiviti seperti ini boleh di jalankan pada masa-masa akan datang. Jutaan terima kasih kepada pihak kelab atas sumbangan bagi program ini. Semoga sifat kekeluargaan antara kita dapat berkembang dari masa ke semasa.

Laporan : Biro Publisiti & Komunikasi, Biro Kebudayaan & Kemasyarakatan dan Biro Sukan & Rekreasi

No comments:

Post a Comment