Tarikh : 17 Februari 2012
Tempat : Marina Bay Muar
Julung-julung kalinya telah diadakan majlis makan malam kelab keluarga PUSPEN Muar atau Family nite Dinner pada 17 Feb 2012 yang lalu. Di mana majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturahim antara semua ahli keluarga kakitangan. Di kesempatan ini juga telah di adakan majlis meraikan ulang tahun kelab keluarga yang ke 8 tahun dan meraikan hari lahir mereka yang disambut pada bulan Jan dan Feb. Pada majlis ini jugak telah diadakan majlis perpisahan untuk kakitangan yang telah berpencen dan berpindah. Beliau adalah, Pn Hajah Hindasah binti Mesbah yang telah berpencen, En Malek bin Lamin telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke C&C Tampoi dan En Rahmat bin Ngajib yang berpindah ke PUSPEN Tiang Dua.
Majlis bermula jam 8.00 malam, di mana kehadiran telah didaftarkan untuk cabutan bertuah dan pada malam tersebut juga telah diadakan pertandingan karaoke bagi kategori solo dan duet. Sambutan juga amat menggalakkan. Pada tahun ini Kelab Keluarga telah menyediakan hampir 90 hadiah bagi cabutan bertuah di mana setiap keluarga pasti tidak pulang dengan tangan kosong. Bagi pertandingan karaoke juga telah disediakan hadiah berupa piala dan iringan kepada pemenang-pemenang.
|
Ketibaan jemputan |
|
Kehadiran adalah di daftarkan |
|
Pn Su, En Amir dan Pn zura bahagian pendaftaran |
Majlis dimulakan dengan menjemput semua tetamu bagi menikmati juadah yang telah disediakan oleh pihak Marina Bay.
Kedatangan kakitangan dan keluarga pada malam tersebut adalah sangat-sangat menggalakan dimana hampir 70 orang kakitangan hadir bersama keluarga atau secara solo.
|
Tetamu yang hadir |
|
Jemput makan |
|
1 PUSPEN 1 KELUARGA |
|
Kakitangan dan keluarga |
|
Solo dan Keluarga |
|
Sangat meriah |
|
Kehadiran yang sgt menggalakan |
Majlis seterusnya ucapan dari YDP Kelab Keluarga dan Kakitangan En Nor Azmi dan Pengarah PUSPEN Muar, Tn Rosland bin Hussen.
|
UCAPAN DARI YDP KELAB EN NOR AZMI BIN SATTAR (kiri) DAN
PENGARAH PUSPEN MUAR TN ROSLAND BIN HUSSEN (kanan) |
Seterusnya, ucapan dari pegawai dan kakitangan yang akan berpencen dan berpindah iaitu Pn Hajah Hindasah, En Malek dan En Rahmat, seterusnya penyampaian hadiah dan cenderahati. Pihak Kelab Keluarga mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.
|
UCAPAN PERPISAHAN DARI KIRI, EN MALEK, PN HAJAH HINDASAH DAN EN RAHMAT |
|
CENDERAHATI KEPADA YANG BERSARA DAN BERPINDAH
|
|
Acara memotong kek ulang tahun kelab keluarga dan sambutan hari lahir bagi bulan Jan & Feb |
Selesai acara memotong kek, majlis di teruskan dengan cabutan bertuah dan diselangi dgn nyanyian peserta-peserta pertandingan karaoke family nite dinner Kelab Keluarga dan Kakitangan PUSPEN Muar.
|
Cabutan bertuah |
|
Pertandingan karaoke. Semua berbakat |
|
Cabutan bertuah |
|
lagi peserta karaoke |
Seperti yang telah dimaklumkan, semua tetamu yang hadir akan pulang bersama hadiah cabutan bertuah masing-masing. Begitu juga dengan pemenang-pemenang pertandingan karaoke.
|
Tahniah buat pemenang-pemenang karaoke. |
Majlis tamat hampir jam 12.30 malam. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Diharapkan semua tetamu yang hadir merasa gembira sepanjang majlis dijalankan. Pihak Kelab Keluarga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dari semua pihak sepanjang ajlis dijalankan. Semoga kita dalam bersama-sama lagi dalam majlis seperti ini. Sekian terima kasih.
Gambar selepas majlis
LAPORAN : Biro Publisiti dan Komunikasi