Sempena hari raya yg bakal menjelang tiba, pihak kelab keluarga dan kakitangan psm telah mengadakan program gotong royong membuat lemang dan rendang. Gotong royong ini dijalankan di bilik gerakan PUSPEN Muar.
Program yang di jalankan ini juga menerima sumbangan ikhlas daripada ahli kelab berupa wang tunai atau barangan basah seperti kelapa, daging dan rempah ratus. Yang Di Pertua kelab keluarga juga telah menyumbangkan serunding untuk diagihkan kepada semua ahli kelab keluarga. Program ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan semua kakitangan di jemput untuk bersama-sama menjalankan program ini.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara semua ahli kelab keluarga dan kakitangan selain memberi buah tangan kepada semua ahli kelab di mana setiap seorang diberikan 2 batang lemang, sebekas serundang dan sebekas serunding.
|
Pn Abna bersama Pn Azura sdg sibuk memotong bawang |
|
rewang jangan tak rewang!! [ dari kiri : Pn Abna, Cik Ogy dan Cik Zila ] |
|
Biro Hal Ehwal Wanita - Pn Azura sedang memotong bawang. |
|
Aktiviti untuk merapatkan talisilaturahim antara semua ahli kelab |
|
Acara mengisar pelbagai jenis ramuan untuk rendang. |
|
Pn Sutini sedang memasak rendang sambil diperhati oleh YDP, En Azmi dan beberapa ahli kelab |
|
Bahan seterusnya, masukkan gula melaka. |
|
Selesai masak, sesi memasukkan rendang ke dalam bekas sebelum dibahagi-bahagikan |
|
Acara packing serunding |
|
Serunding yang di sumbangkan oleh YDP kelab. |
|
Penghuni juga membantu dalam pembuatan lemang |
|
Menyediakan tempat membakar lemang |
|
Ahli yang bersama- sama bergotong royong pada hari tersebut |
Semoga program ini dapat di laksanakan pada setiap tahun dan mendapat komitmen dan kerjasama yang lebih baik daripada semua ahli Kelab pada masa akan datang.
Laporan - Biro Publisiti dan Siaraya
No comments:
Post a Comment